Sunday 24 March 2013

poligami ???



Assalamualaikum w.b.t,,,
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,,
segala puji bagi Allah,tuhan sekalian alam,,
selawat serta salam buat junjungn mulia nabi muhammad s.a.w serta para sahabat..

Alhmdulillah,,berjumpa lagi kita di ketika ini,,moga segala tugasan kita berjalan dengan sebaiknya.In shaa Allah,,di entri kali ini,,iman nak kongsikan ap yang iman blajar sebagai seorang student syariah n law,subject enakmen keluarga islam,,best sangat blajar subject ny,,ha sape x bestkan blajr sal kawin2,,,semua suka,,mata terbuka ja ,,,okay,,meh im kongsikan sedikit dengan sahabt2,,,im ambk tajuk poligami,,ha,,bagi sape yg ada plan nak berpoligami tu,,,sila baca sini dulu,, :)

"maka kahwinilah wanita2 yang kamu senangi :dua ,tiga atau empat .Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil ,maka (kahwinilah) seorang sahaja " ~ an-nisa' :3 ~

Syarat2 poligami :

1)berkemampuan menanggung nafkah isteri
# suami berkewajipan menanggung nafkah isteri zahir dan batin ,tidak kira samada dia mempunyai seorang isteri atau lebih . Nafkah zahir yang dimaksudkan disini antaranya seperti makanan,pakaian,kediaman dan perubatan,,nafkah batin pula,,ha,faham2 ja lah,,

Dalam mazhab Syafi'e terdapat dua pendapat mengenai kadar pemberian nafkah kepada isteri iaitu :

a) melihat keadaan suami sahaja tanpa mengambil kira keadaan isteri
b) melihat keadaan kedua-dua suami isteri iaitu dinilai menurut kesanggupan suami dan menurut keadaan isteri.

Abu al- a'inin dalam bukunya az-ziwaj wa tallaq fil islam berpandangn bahawa sebarang penambahan boleh diberikan kepada salah seorang isteri dalam pemberian mafkah. Walaubagaimanapun begitu ia tidak boleh diamalkan jika membawa kepada perselisihan dikalangan isteri.

2) Berlaku adil pada isteri

a) Adil dalam menyediakan kediaman
#kediaman isteri seboleh -bolehnya hendaklah diasingkan bagi mengelakkan perselisihan dikalangan isteri.
Menurut Abdul Nasir Taufiq al-a'ttar dalam bukunya Ta'addud az-zaujat min an-nawadi ad-diniah wal-ijtima'iyah wal qanuniah ,pengasingan ini bergantung kepada kemampuan seorang suami yang mana tidak semestinya menyediakan sebuah rumah untuk setiap isteri, bahkan boleh juga sediakan bilik2 berasingan dalam satu rumah yang sama.

b)Adil dalam giliran bermalam
#suami wajib menentukan giliran bermalam yang adil antara isteri2 .Walaubagaimanapun,kelonggaran boleh diberikan pada malam2 awal perkahwinan dengan isteri baru tanpa perlu digantikan kembali kepada isteri kedua.

c)Adil dalam bermusafir
#menurut pendapat imam Syafi'i ,suami wajib membuat undian antara isteri-isterinya sekiranya beliau mengiginkan salah seorang dari mereka menemaninya bermusafir,,
manakal,,menurut mazhab hanafi,suami tidak wajib membuat undian,,


okay,,,nti im sambung lagi ya,,lenguh tangn da ny,,,berjumpa lagi,,
Assalamualaikum,, :)



THANKS FOR READING

Friday 22 March 2013

Bicara Hati Kita


ASSALAMUALAIKUM W.B.T ,,,  segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam,,selawat serta salam buat junjungn nabi Muhammad s.a.w,,,sebelum tu ,jgn lupa sedekahkan senyuman anda  :)

okay,,ap khabar sahabt2 skrg ?? sihat ?? macam mna dengn iman kita hari ini ?? moga semuanya dalam redha Allah,in shaa Allah. Alhamdulillah,,kita masih lagi dberikan kekuatan untuk mnyelesaikan tugas kita pada sang pencipta,,syukur atas segala apa yg dikurniakan pada kita sebagai hambaNya,, moga setiap hari kita adalah yg terbaik wlwpun dengan 1% sahaja peningkatannya,,makin lama,,makin bnyak kan,,??  :)  ..in shaa Allah,, ~ (via - pemelihara al-fateh )

:" ketahuilah bahawa di dalam badan itu ada seketul daging,apabila ia baik,, baiklah seluruh badan,dan apabila rosak , rosak lah semuanya,,ketahuilah,,itulah dia hati ,," (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )


 Soal hati merupakan skop yg luas dibicarakan,,kerana Hati merupakan raja dalam tubuh badan kita,,setiap tindak tanduk dan emosi kita seharian digerakkn oleh seketul hati,, dengn hati kita bersuka ,dengan hati kita berduka ,dengan hati kita tenang ,dengan hati kita gelisah ,,,segala galanya berkait dengan hati ,,dan disebabkan itu lah tentang hati selalu dijadikan kata oleh manusia,,contohnya,buah hati lah,,kata hati lah,,bicara hati lah,,buta hati lah,,n sebagainya lagi.Bila direnung kembali,,soal hati berkait rapat dengn  mulut dan perlakuan manusia ,,kerana , dari hati lahinya pertuturan yg ingin disampaikan dan dari hati jugak pergerakan manusia berlaku,,mahupun baik atau buruk,,pernah rasakan bagaimana hati disakiti,,ia kemungkinana disebabkan lidah or tindakan manusia kan,,tapi ingat,,segala keperitan yang dihadapi  mungkin itu salah satu ujian untuk Allah tingkatkan taraf kita disisiNya .  Jadi,,kesabaran merupakan benteng utama dalam memelihara sang hati ,  in shaa Allah,,dengan benteng kesabaran yg dipertahankan,,pasti ada ganjaran yg hebat diberikan.Walaubagaimnapun,,sebagai hamba , jagalah lidah anda dalam pertuturan seharian anda,,kerana kita hanya hamba, x punya apa2 yang perlu dibanggakan ,, bila difikirkan kembali ,siapakah kita,,dari mana datangnya kita,,semuanya dari al -khalik,,jadi,,x perlulah nak banggakan diri n sakitkn hati mereka di sekeliling anda,, maka,,,jaga lah hati anda dan hati mereka2 disekeliling anda,,,  :)


sekian dulu buat kali ini,,

berjumpa lagi di lain hari ,,in shaa Allah,,, :)
   
THANKS FOR READING