Sunday 24 March 2013

poligami ???



Assalamualaikum w.b.t,,,
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,,
segala puji bagi Allah,tuhan sekalian alam,,
selawat serta salam buat junjungn mulia nabi muhammad s.a.w serta para sahabat..

Alhmdulillah,,berjumpa lagi kita di ketika ini,,moga segala tugasan kita berjalan dengan sebaiknya.In shaa Allah,,di entri kali ini,,iman nak kongsikan ap yang iman blajar sebagai seorang student syariah n law,subject enakmen keluarga islam,,best sangat blajar subject ny,,ha sape x bestkan blajr sal kawin2,,,semua suka,,mata terbuka ja ,,,okay,,meh im kongsikan sedikit dengan sahabt2,,,im ambk tajuk poligami,,ha,,bagi sape yg ada plan nak berpoligami tu,,,sila baca sini dulu,, :)

"maka kahwinilah wanita2 yang kamu senangi :dua ,tiga atau empat .Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil ,maka (kahwinilah) seorang sahaja " ~ an-nisa' :3 ~

Syarat2 poligami :

1)berkemampuan menanggung nafkah isteri
# suami berkewajipan menanggung nafkah isteri zahir dan batin ,tidak kira samada dia mempunyai seorang isteri atau lebih . Nafkah zahir yang dimaksudkan disini antaranya seperti makanan,pakaian,kediaman dan perubatan,,nafkah batin pula,,ha,faham2 ja lah,,

Dalam mazhab Syafi'e terdapat dua pendapat mengenai kadar pemberian nafkah kepada isteri iaitu :

a) melihat keadaan suami sahaja tanpa mengambil kira keadaan isteri
b) melihat keadaan kedua-dua suami isteri iaitu dinilai menurut kesanggupan suami dan menurut keadaan isteri.

Abu al- a'inin dalam bukunya az-ziwaj wa tallaq fil islam berpandangn bahawa sebarang penambahan boleh diberikan kepada salah seorang isteri dalam pemberian mafkah. Walaubagaimanapun begitu ia tidak boleh diamalkan jika membawa kepada perselisihan dikalangan isteri.

2) Berlaku adil pada isteri

a) Adil dalam menyediakan kediaman
#kediaman isteri seboleh -bolehnya hendaklah diasingkan bagi mengelakkan perselisihan dikalangan isteri.
Menurut Abdul Nasir Taufiq al-a'ttar dalam bukunya Ta'addud az-zaujat min an-nawadi ad-diniah wal-ijtima'iyah wal qanuniah ,pengasingan ini bergantung kepada kemampuan seorang suami yang mana tidak semestinya menyediakan sebuah rumah untuk setiap isteri, bahkan boleh juga sediakan bilik2 berasingan dalam satu rumah yang sama.

b)Adil dalam giliran bermalam
#suami wajib menentukan giliran bermalam yang adil antara isteri2 .Walaubagaimanapun,kelonggaran boleh diberikan pada malam2 awal perkahwinan dengan isteri baru tanpa perlu digantikan kembali kepada isteri kedua.

c)Adil dalam bermusafir
#menurut pendapat imam Syafi'i ,suami wajib membuat undian antara isteri-isterinya sekiranya beliau mengiginkan salah seorang dari mereka menemaninya bermusafir,,
manakal,,menurut mazhab hanafi,suami tidak wajib membuat undian,,


okay,,,nti im sambung lagi ya,,lenguh tangn da ny,,,berjumpa lagi,,
Assalamualaikum,, :)



THANKS FOR READING

No comments:

Post a Comment